Wednesday, February 24, 2010

Tidak Puas Hati

saya seorang isteri dan ibu kepada 4 cahayamata dan saya seorang surirumah serta hanya mengharapkan gaji suami untuk menampung keperluan hidup kami.
masalah saya dan suami sekarang ni ialah sikap ayah mertua yang terlalu pilih kasih diantara kami dan anak serta menantu pilihannya sehingga mengabaikan cucunya iaitu anak kami..

anak kesayangannya iaitu adik suami telah berkhawin selama 10 tahun dan isterinya ada kerjaya sendiri.mereka tidak ada anak. ayah dan emak mertua suka pergi kerumah mereka berbanding kerumah kami..hubungan kami kini agak dingin tapi kami tetap balik jugak walaupun tiada sambutan darinya.

Akibat sikap dinginnya tu membuatkan kami hanya bercakap apa yang perlu jer. Anak-anak kami jugak sekarang tidak suka balik kerumah atuk dan akinya..gara-gara mereka melayan cucu-cucunya macam orang asing...

-MakSu75-

1 comment:

  1. Selalulah doakan selepas solat semoga kedua mertua lembut hati dan berlaku adil pd kesemua anak2 dan cucu mereka. Sedakahkan bacaan Al Fatihah dan hadiahkan pd hati mereka agar tenang jiwa dan raga mereka utk mengasihi saudari sekeluarga sebagaimana mereka mengasihi adikipar dan isterinya.

    ReplyDelete

Kongsikan pendapat anda di sini...

Ceritakan segalanya dan apa-apa sahaja di sini....(jangan gunakan bahasa SMS)

Nama Samaran
Saya seorang
Tajuk Entri
Luahan Anda

*Admin berhak untuk menapis segala entri sebelum dipamerkan di Blog.


Get your own free form like this one.