Saturday, February 27, 2010

Cari Jodoh

skrg ni, masih juga ibubapa yg bfikiran tertutup......psl menentukan pasangan hidup anaknya sehingga faktor negeri menjadi alasan utama..... kenapa perlu mjdkan isu kenegerian sebagai isu utama bagi menentukan pilihan anak?

-erynna-

Friday, February 26, 2010

BUKAN UNTUK MERAIH SIMPATI.. TETAPI DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAKKU YG TERSAYANG...

Salam..

Terlalu berat hati ini untuk meluahkan semuanya.. berjuta kali saya berfikir perlukah saya memberitahu kepada semua masalah yang terlalu membebankan fikiran dan hati saya… tapi penting bagi saya untuk memberitahu kepada semua siapa saya dan kenapa saya add anda semua dalam facebook saya… mesti ramai yg tertanya2 siapa saya ynag sebenar dan kenapa saya add anda semua… saya harap tidak ada antara anda yg membuat andaian yg tidak baik terhadap saya.. tidak pernah sy terfikir untuk berniat jahat.. tapi saya buat ini.. demi nak saya..

Saya adalah seorang wanita biasa yang sudah hampir 8 bulan memegang status ibu tunggal atau dlm bahasa kurang enak janda.. yg mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 thn 3 bulan.. saya tidak pernah meminta untuk memikul gelaran ini dalam usia ini apatah lagi ditinggalkan oleh seorang lelaki yang paling saya cintai dunia dan akhirat.. hanya dia yamg pertama dan terakhir untuk saya… saya tahu.. dia terpaksa melepaskan saya demi kesihatan (saya terlantar sakit selama 1 tahun akibat buatan orang) saya.. dan saya tahu sehingga saat ini hanya saya yg bertahta di dalam hati dia.. tapi.. CINTA tak semestinya bersatu..

Apa yg bakal saya tulis bukan untuk meraih simpati anda semua.. tetapi saya terpaksa melakukannya, setelah bepuluh2 pekerjaan yg saya pohon masih belum ada satu pun yg menjadi rezeki saya… saya terpaksa DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAK SAYA… tidak ada niat di hati saya selain untuk anak saya..buat masa ini saya tiada pilihan lain selain mencuba online business ini.. yg mana modalnya dipinjamkan oleh seorang HAMBA ALLAH yg terlalu baik hati.. yg baru menjadi sahabat saya….

Saya telah kehilangan segala2nya.. suami, perkerjaan di syarikat yg gah di Malaysia, dgn jawatan yg besar dan gaji yg mencecah RM5K.. saya juga hilang part-time business saya.. apa yg boleh saya katakan saya hilang segala2nya dalam hidup saya.. terlalu besar ujian ALLAH pada saya.. tapi saya redha.. setiap apa yg terjadi ada hikmahnya…

Saya terlalu malu untuk meminta2.. apatah lagi untuk menjadi peminta sedekah untuk membesarkan nyawa saya iaitu anak perempuan saya.. walaupun bekas suami saya tidak mengabaikan kebajikan kami.. tapi saya tahu.. dia juga mempunyai masalah kewangan.. bekas suami saya bukan bergaji besar.. tapi hingga saat ini dia sedaya upaya memastikan kami cukup makan…

Sudah sebulan saya joined business ni.. sudah pelbagai cara saya membuat promosi.. tp masih belum membuahkan hasil… mungkin belum rezeki saya.. tapi saya harus berusaha.. saya tidak ada 1 sen pun dalam tangan saya untuk meneruskan kehidupan saya dan anak saya.. kami Cuma mengharap belas ihsan bekas suami saya.. tapi sampai bila saya harus menyusahkan hidup dia.. sudah terlalu banyak dia berkorban untuk kami…



Saya amat memohon kepada anda semua.. dgn penuh rendah diri saya merayu anda semua sekiranya ada belas ihsan anda kepada anak saya.. saya meminta anda membantu saya.. saya merayu kepada anda untuk join saya dalam business ini… anda bukan sahaja akan mendapat pahala kerana membantu saya, tetapi secara tidak langsung anda juga akan mendapat peluang untuk memperbaiki taraf hidup anda..

Sekiranya anda ikhlas ingin membantu saya.. sila lawati link di bawah..

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa anda semua.. saya doakan anda akan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah sepanjang hidup anda.. sekiranya anda ad sebarang pertanyaan anda boleh message inbox saya atau email saya di:

cintakarmila@yahoo.com

saya juga mat berharap.. agar anda boleh sharekan cerita saya bersama rakan2 anda yg lain.. dan kepada anda yg ingin menjadi sahabat saya.. anda boleh add saya dlm fren list anda..

jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan sedikit masa anda untuk membaca kisah saya…. Ini sudah cukup membuktikan yg anda adalah seorang insane yg prihatin.. terima kasih yg tak terhingga..

wassalam..

-Demi Kasihku-

Thursday, February 25, 2010

Penghancur Keluargaku

Aku berasa sangat benci terhadap perempuan itu kerana telah menghancurkan keluarga kami yang dulunya bahagia...adik2 masih kecil...perlukan kasih sayang seorang ayah...tapi disebabkan perempuan itu...kami dipinggirkan...

dan sekarang ibuku telah menjanda kerana tidak sanggup dimadukan, ayahku tidak mampu berlaku adil...hati kami adik beradik memberontak...tapi tiada siapa yang mampu berbuat apa2...macam mana dengan nasib adik2...pedih, pilu hati ini mengenangkan nasib malang yang menimpa keluarga kami...

-Pulau Kecil-

Wednesday, February 24, 2010

Salahkah Saya??

Salam..Saya wanita berumur awal 20-an.Saya telah menjalinkan hubungan hampir 5 bulan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang.walaupun jarak usia kami agak jauh, namun sifat dan sikap nya yang terlalu penyayang itu menyebabkan saya terlalu menyayangi hubungan yang kami bina atas dasar cinta pandang pertama..

Segalanya bermula apabila saya mula bekerja di sebuah syarikat di ibu negara..pada hari pertama saya bekerja di situ, si dia merupakan orang pertama yang mula bertegur sapa dengan saya..Hal itu berlanjutan setiap hari apabila si dia mengucapkan selamat pagi pd setiap pg dan apabila hendak pulang,si dia akn mgucapkn selamat tinggal..sikapnya yg terlalu mgmbil berat dan pyayang itu amat menyentuh naluri saya sbg wanita yg smemangnya mmerlukn perhatian dr seorg llaki..

Namun, setelah seminggu saya bekerja di sana, saya diberitahu si dia akan berpindah ke selatan tanah air kerana menguruskan sebuah resort milik syarikat yg kami bekerja..Saya berasa sangat sedih, namun saya terpaksa menerimanya..Hari terakhir dia di ofis, si dia mula dtg untuk bkawan dengan lebih rapat lg dengan saya.beliau meminta saya mmbantu mguruskn kerja2 pengurusan fail dan mengira kos..kerja2 ini kami lakukan bersama2..namun masa x mengizinkan kami untuk terus rapat.Semasa si dia ingin pergi ke resort berkenaan, si dia mengucapkan selamat tinggal kepada saya..Rasa sperti ingin menangis, namun saya harus pasrah kerana di antara kami, tiada sebarang ikatan.

Apabila mula berjauhan, rasa rindu mula terdetik dalam dada..setiap hari saya menantikan panggilan telefon di ofis darinya.Namun, selama 3 hari menunggu, saya putus asa.Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa si dia hanya menganggap saya sebagai rakan sepejabat dan tidak lebih dari itu.

Hari berganti hari dan minggu berganti minggu.Seminggu kemudian, semasa saya sedang sibuk membuat kerja di pejabat, tiba2 saya menerima panggilan dari insan yang saya rindui.dalam hati, hanya allah yang tahu..saya gembira sangat kerana saya tidak bbertepuk sebelah tangan.kami berbual2 dan si dia bertanya bila mahu datang bercuti ke resort berkenaan.

Bermula dari situ, hampir setiap hari si dia akan menghubungi saya dan berbual dgn saya.Setelah hampir sebulan berkenalan, pada satu hari, si dia mengajak saya pulang ke kampung bersama-sama kerana keluarga kami tinggal di negeri yang sama.Saya menerima pelawaan dari si dia.kami bertolak agak lewat sedikit kerana si dia banyak kerja yang perlu diuruskn.

Semasa dalam perjlanan pulang ke kampung, kami saling bertukar cerita.Baru saya tahu bahawa si dia sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak.Dalam hati hanya allah yg tahu.Namun, kerana perasaan sayang yang menebal dalam hati, saya terima dia seadanya.Selepas si dia berterus terang, si dia melamar saya untuk menjadi kekasihnya dan mengenali saya dengan lebih rapat.Saya rasa sangat gembira namun termenung kerana mengetahui si dia adalah suami orang.

Saya bertanyakan kepadanya, mengapa si dia mencintai saya??Adakah si dia tidak mencintai isterinya.Si dia mjawab, dia dan isterinya berkahwin bukan atas dasar suka sama suka.Mereka berkahwin atas pilihan keluarga.Oleh itu, si dia ingin sekali mengahwini wanita yang dicintainya kerana sepanjang hidupnya, si dia berjaya melakukan segal-galanya.Cuma satu yang tidak dapat si dia lakukan, si dia tidak dapat berkahwin dengan org yg dicintai.dan saya merupakan wanita yg si dia cari2 selama ini.

Si dia mengaku si dia menyayangi isterinya kerana telah menjaga anak2 nya, tp si dia tidak dapat mencintai isterinya kerana perasaan cinta tidak boleh dipaksa.Mendengar pengakuannya itu, saya berasa kagum kerana si dia tidak pernah memburukkn isterinya biar pun si dia cuba memenangi hati saya.Selepas lamarannya itu, kami menjadi semakin rapat.Hampir setiap minggu kami akan keluar bersama.Kadang2 saya ke selatan dan bercuti diresort berkenaan dan kadangkala dia akan naik ke KL untuk bertemu saya.

Hubungan kami berlanjutan hingga ke awal bln feb.Namun, baru2 ini, kami mempunyai sedikit masalah.saya bagaikan tidak bernyawa selepas bergaduh dengan nya.hal ini menyebabkan saya meluahkan masalah saya ini kepada seorang rakan sepejabat bernama Z.si Z telah menghasut saya supaya memberitahu isteri si dia tentang hubungan kami jika tidak mahu kehilangan si dia.saya tanpa berfikiran pjg terus menghantar mesej kepada isteri si dia dan memberitahu tentang hubungan saya dan suaminya.

pada mulanya, saya ingin berbaik-baik dengan isteri si dia.namun, isteri si dia tidak mahu menerima kehadiran saya sebagai bakal madu nya.ini menyebabkan isteri si dia memberikan kata dua kepada saya iaitu suruh saya beralah jika kasihan dia dan anak2 atau biar dia yang beralah demi kami.saya tidak dapat beralah kerana saya tidak boleh hidup tanpa si dia.Oleh hal demikian, isterinya meninggalkan rumah selama 2 minggu dan ingin meminta fasakh dari si dia.Walaupun pada hakikatnya saya tidak mahu kehilangan si dia, tetapi saya juga tidak mahu si dia dan isterinya berpisah.

Sepanjang 2 minggu isterinya meninggalkan rumah, kehidupan si dia tidak terurus kerana org yg selama 16 tahun menguruskan pakaian, makan dan minumnya pergi meninggalkan si dia.Dari situ, saya mendapati si dia amat menyayangi isterinya.

Alhamdulilah, hati wanita seperti kerak nasi.2 hari lepas, saya diberitahu isterinya telah pulang ke rumah dan kembali menguruskan rumahtangga.Keadaan ini menyebabkan saya berasa sedikit tersisih dari hidupnya kerana mungkin si dia ingin menjaga hati isterinya.Kami hanya berhubungan pada siang hari iaitu pada waktu bekerja sahaja.Bila si dia pulang ke rumah, tiada lg mesej atau panggilan darinya.

Saya tahu si dia juga amat menyayangi saya tapi buat masa ini, kami terpaksa berlakon seolah2 kami tidak lagi mempunyai hubungan.saya takut, lama kelamaan hubungan kami akan terputus begitu sahaja jika keadaan ini berterusan.Saya rindukan saat2 manis 5 bulan lalu..Sehingga saat ini, sudah sebulan kami tidak berjumpa.Saya amat merinduinya.Saya tidak boleh hidup tanpa si dia.Perasaan cinta saya pada si dia tidak boleh di tolak lagi.Saya betul2 merana dan saya tahu si dia juga merana berjauhan dengan saya...

Bantulah saya...Salahkah saya dalam hal ini kerana telah menjatuhkan dan menipu kaum hawa sedangkan kami ingin menghalalkan yang haram satu hari nanti??

-Buntu-

Penat

Alahai penat nya berkerja......rasanya nak rest kat umah jea.tapi belum tiba masa

-Ikka-

Buntu and Dilema

salam.. sy seorang gadis yang berumur awal 20-an n xlame lg bkal mnamatkn pjrn di sbuah IPTA. mslh y sy hadapi skrg ini ialah sy telah mcintai n myayangi suami org dan begitu juga dgn dia.

perkenalan kami blaku slepas 2 bulan mereka bnikah n buat pengetahuan semua skrg ini isteri sedang mgdungkn anak sulung. permulaan kpd perkenalan kami saya tidak tahu mnahu y die adlh suami org dan hnya tau slpas tkantoi msg dgn isterinya. namun selepas itu saya cuba mjarakkan diri drp dia namun die x stuju.

saya cuba tidak bhubung dgnnya slama smggu ttp die cuba mcari saya. skrg, die x mahu lg hbgn kami seperti ini dan dia mahu kami mgakhiri dgn ikatan y halal. dia hanya mnggu kptsan saya shja untuk btindak. bkn niat saja untuk mrampas suami org tp prsaan y wujud ant kami x mampu untuk kami tempis. ape gune kalu kami tidak bsama ttp fkrn n prasaan dia tringtkn saya? slhkah saya untuk mghalalkn ap y haram?? burukkah sy kalu sy mjdi no 2? cume skrg sy x brani n pasti apakah reaksi family sy akn pkara ini. hmmm...

-Lonely Lady-

BINGUNG!!

Saya sorg pljar dn sy mmpunyai 1 hbungan dgn suami org..dh lma bnda nie trjadi almost nk smpai sthun dh sy knal die..knal msa die da smpan no sy n 1 arie die tya sy sper???

dr situ sy knal n mula rpt ngn die..antra kmi mmg da 1 hbungan yg special..sy taw die hsband org tp prasaan sy dh lma jtuh kt die..kdg2 die sllu kong2 idop sy..amat kong2 skali shgga msj, blog n smua yang sy bt die amek taw n die akn cek jka die sangsi ngn sy..

sy xtaw nk bt cmner..dh byk kali nk stop hbungn nie tp xleh gk..bingung

-gadisBingung-

Sabarrr....

t'lalu byk b'sbr dgn karenah tunang sya...
mkn ati stiap ari...tp mkin sakit ati makin syg...x fhm...

dia syg kn sya @ x...slalu byk yg slh psl sya....tp bile sya diam kn diri...dia mrh2...tnye nape sya mcm tue...nk mrajuk pn kna mrh..bkn kna pujuk....ntah ape la nk wat....slalu sbr kn jer..

byk yg sya dgr n taw psl dia...tp sya x nk tnye coz x nk dia mrh2 or gduh2 dgn sya....
slalu b'rendam air mate...tp dia slalu ckp..bnci bile sya nangis..x nk sya nangis...tp slalu wat sya nangis...ape slh sya???

-Mel-

Tidak Puas Hati

saya seorang isteri dan ibu kepada 4 cahayamata dan saya seorang surirumah serta hanya mengharapkan gaji suami untuk menampung keperluan hidup kami.
masalah saya dan suami sekarang ni ialah sikap ayah mertua yang terlalu pilih kasih diantara kami dan anak serta menantu pilihannya sehingga mengabaikan cucunya iaitu anak kami..

anak kesayangannya iaitu adik suami telah berkhawin selama 10 tahun dan isterinya ada kerjaya sendiri.mereka tidak ada anak. ayah dan emak mertua suka pergi kerumah mereka berbanding kerumah kami..hubungan kami kini agak dingin tapi kami tetap balik jugak walaupun tiada sambutan darinya.

Akibat sikap dinginnya tu membuatkan kami hanya bercakap apa yang perlu jer. Anak-anak kami jugak sekarang tidak suka balik kerumah atuk dan akinya..gara-gara mereka melayan cucu-cucunya macam orang asing...

-MakSu75-

Tawar Hati

Saya mula mengenali alam percintaan selepas zmn sekolah menengah. ketika itu sy mengenali seorang lelaki yg bersungguh utk mengenali dan menyayangi sy. dan kami mengharungi zmn percintaan selama 2 tahun. di spanjang perkenalan itu, kami jarang bergaduh. dan kerana terlalu menyayanginya, saya berkorban masa dan harta utknya. sehingga kdg2, saya melebihkan dirinya dari diri saya. setelah dia mendpt segulung ijazah, memiliki sebuah kereta, dia berjanji utk menunggu saya pula habis belajar dan berniat untuk mengakhiri percintaan muda ini di gerbang pelamin. namun setelah bekerja 6 bulan di luar, dia berubah sikap dan beralih arah kepada seorang wanita.

mungkin kuat cinta saya padanya, saya dpt merasai bhw sy diduakan dan akhirnya segala rahsia terbongkar. ketika itu kerana terlalu sygkan dia, sy sanggup memaafkannya, walaupun hati terluka. namun, dia memilih wanita itu, hanya kerana wanita itu telah bekerja dan penampilan yang agak menarik dari saya yang masih bergelar student itu. ketika itu, saya menangis air mata darah sekalipun, dia tidak mendengar rayuan sy,mungkin buta kerana cinta wanita itu. lebih menyedihkan, sy dihina wanita itu, nombor telefon sy disebarkan dan dicaci kawan-kawannya malah yang lebih sedih, sy diherdik oleh lelaki tersebut kerana dianggap mengganggu hubungan mereka.

2 tahun sy diselubungi kesedihan. melalui kehidupan yang sukar. payah benar untuk melupakannya. setiap hari ada saja air mata yg berlinangan. namun, mujur semangat sy kuat, dengan bantuan kwn-kwn dan keluarga tercinta dan saya berjaya mendapat segulung ijazah. kini sudah bekerja tetap dan memiliki serba sedikit aset utk masa depan. cuma hati saya masih kosong dan tiada pengganti. mungkin masih serik dgn pengalaman lalu.

dan rupanya, bekas kekasih sy telah pun putus hubungan dengan wanita itu, kerana wanita telah itu memilih lelaki lain. perhubungan mereka cuma bertahan selama 10 bulan. dia juga sedang merana dan ketika itulah dia mencari sy semula.

katanya, dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pd sy. dia malu. percintaannya dengan wanita itu tidak sama dengan percintaan sy dan dia. mereka terlalu byk bergaduh. tiada persefahaman. dan dia kagum melihat saya boleh bangun walaupun pernah jatuh tersungkur disebabkan olehnya. sy katakan padanya, saya maafkan perbuatannya itu namun agak sukar untuk melupakan. dan saya masih menerimanya sebagai kawan.

dan disepanjang hubungan kawan itu terjalin, sy juga berkawan dengan teman-teman lelaki yang lain, memandangkan tugas sy juga berhadapan dengan mereka. namun, dalam diam, bekas kekasih menyimpan rasa cemburu. pantang mendengar sy menjawab panggilan, membalas mesej, mendengar bhw sy berada diluar bersama rakan-rakan lelaki, dia akan tiba-tiba berubah perangai. menjadi moody, marah-marah, masam muka. dan dia pernah katakan bahawa sy curang padanya. sy jadi pelik. sy dan dia cuma kawan? knp mesti dia katakan sy curang padanya? siapa yg curang pada asalnya?

dan akhirnya dia mengaku dia mahu kembali seperti dahulu. katanya, sejak ketiadaan sy hidupnya terumbang-ambing, walaupun ketika bersama perempuan yang dikejarnya dulu. dia merasa kehilangan namun seringkali cuba menafikan.

sy dalam dilema. mahu menerimanya atau tidak? jauh di sudut hati...masih menyayanginya. namun, jika sy terima, sy seumpama mengembalikan luka yg lepas setelah sy menemui sinar pada hari ini. sekali lagi sy akan menjadi tidak adil pada diri sendiri. rakan-rakan dan keluarga juga sudah tahu kisah yang lepas dan jika saya menerimanya kembali, apa kata mereka nanti?

namun, dalam masa yang sama, keluarga bekas kekasih sy masih mahu sy menjadi sebahagian dari keluarga mereka sejak dari dulu. hubungan kami tidak putus walaupun sy tidak lagi bercinta dengan lelaki itu yg juga merupakan anak, adik dan abg kepada mereka.

sy masih menyimpan keputusan sy. masih terus berkawan dengannya. namun, baru-baru ini, bekas kekasih sy disahkan menghidap satu penyakit hati. dan sy lah org pertama menyedarinya dan membawa dia ke hospital. setelah sah dia menghidap penyakit itu, setiap hari sy mengambil berat tentang kehidupannya, tentang makan minumnya, ubat-ubatannya, jadual perubatannya. dan dalam pada itu, sy sempat melihat dalam telefon bimbitnya-byk mesej2 bergurau senda dr perempuan lain. namun, sy biarkan. kerana sy dah lali dengan pengalaman. hati sy juga sudah kering.

setelah dia beransur pulih,sy masih tetap mengambil berat ttgnya. setiap hari bertanyakan sama ada telah makan ubat atau belum kerana penyakit itu belum benar2 sembuh dan hilang dr tubuhnya. dan adakalanya, lelaki itu bosan dengan berkata, "dah makan dah. kalau tak tanya hari-hari boleh tak?bosanlah nak dengar.."

dan kini sy masih memikirkan apakah keputusan yang perlu sy buat. menerimanya dalam hidup kembali, terus sahaja berkawan atau membuangnya jauh dari hidup sy?

-Heartless-

Tuesday, February 23, 2010

In Love with a Man

Kadang kala kita menjadi insan yang begitu setia pada seorang insan yang bernama LELAKI... tapi entah kenapa, kaum adam ini seperti tidak tahu menghargai pengorbanan dan jerit perih kita sebagai seorang wanita yang cuba sedaya upaya mempertahankan sebuah hubungan yang suci kerana percaya dan begitu setia kepada mereka.

tetapi bila sampai masa mereka akan kehilangan kita, baru lah mereka buka mata dan menyedari betapa pentingnya kita di dalam hidup mereka...tapi kenapa tungu sehingga segalanya terlambat...kadang kala luka di hati tidak boleh dirawat dengan hanya kata MAAF..MAAF belum tentu mampu mencantumkan kembali kaca yang sudah pecah berderai.

-izaimiza-

Berundur atau Menunggu...??

Saya wanita berumur awal 20-an..saya mempunyai kekasih berusia 20 tahun lagi tua dari saya..walaupun kami mempunyai jarak usia yg jauh, tetapi kami serasi..dia juga seorang lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab..namun begitu, si dia sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak..

baru2 ini, hubungan kami telah diketahui oleh isterinya..hal ini menyebabkan isterinya ingin memninta fasakh dari si dia..hal ini menyebabkan saya rasa amat bersalah..namun, 2 hari lepas, saya diberitahu oleh si dia bahawa isterinya telah kembali pulang ke rumah..

setelah mengetahui perkara itu, saya jadi terlalu cemburu tetapi dalam masa yang sama, saya x mahu si dia dan isterinya bercerai kerana mereka mempunyai anak2 yang sedang membesar..saya takut setelah mereka kembali bersama semula, si dia akan meninggalkan saya keseorangan..kerana semasa isterinya meninggalkan rumah selama 2 minggu, si dia kelihatan resah dan kehidupannya seperti tidaak terurus..

saya tidak mahu kehilangan si dia, kerana saya terlalu menyayangi si dia..bantulah saya...:'(

-zieya-

Kekeliruan

Saya berumur 24 tahun.Saya telah pun bertunang dengan pilihan saya sendiri,pertunangan kami sudah masuk 2 tahun.Masalah saya sekarang,saya rasa saya bukan macam tunang dia sebab dia sudah tidak hubungi saya sekarang.Bila saya telefon atau masej,dia tidak lagi membalas untuk berbincang masalah ini dengan dia.Saya keliru sekarang,adakah saya masih tunang dia atau tidak?

-jue-

Monday, February 22, 2010

Menjaga Hati Semua

Saya telah mendirikan rumah tangga pada umur 25tahun. Saya seorang yang berpendirian tegas dan tidak takut untuk menyuarakan pendapat saya. Perangai ni, telah dibawa-bawa selepas kahwin. Akibatnya, suami, mak mertua dan mak sendiri slalu je terasa hati dengan saya. Kata mereka, saya mulut laser lah, cakap lepas lah. Tapi, bagi saya itu adalah hak saya untuk memberitahu situasi/benda sebenar. Saya tak nak menipu semata-mata nak jaga hati semua orang. Saya tak kisah kalau pendapat saya itu disangkal, tapi dengan syarat - mesti ada sebab yang kukuh. Tak bolehlah asik nak ikut emosi je. So, skarang saya lebih banyak mendiamkan diri takut dilabel mulut laser lagi. Demi menjaga keamanan semua pihak. Tapi, diri sendiri tersiksa. Haihhh....

Ceritakan segalanya dan apa-apa sahaja di sini....(jangan gunakan bahasa SMS)

Nama Samaran
Saya seorang
Tajuk Entri
Luahan Anda

*Admin berhak untuk menapis segala entri sebelum dipamerkan di Blog.


Get your own free form like this one.