Friday, February 26, 2010

BUKAN UNTUK MERAIH SIMPATI.. TETAPI DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAKKU YG TERSAYANG...

Salam..

Terlalu berat hati ini untuk meluahkan semuanya.. berjuta kali saya berfikir perlukah saya memberitahu kepada semua masalah yang terlalu membebankan fikiran dan hati saya… tapi penting bagi saya untuk memberitahu kepada semua siapa saya dan kenapa saya add anda semua dalam facebook saya… mesti ramai yg tertanya2 siapa saya ynag sebenar dan kenapa saya add anda semua… saya harap tidak ada antara anda yg membuat andaian yg tidak baik terhadap saya.. tidak pernah sy terfikir untuk berniat jahat.. tapi saya buat ini.. demi nak saya..

Saya adalah seorang wanita biasa yang sudah hampir 8 bulan memegang status ibu tunggal atau dlm bahasa kurang enak janda.. yg mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 thn 3 bulan.. saya tidak pernah meminta untuk memikul gelaran ini dalam usia ini apatah lagi ditinggalkan oleh seorang lelaki yang paling saya cintai dunia dan akhirat.. hanya dia yamg pertama dan terakhir untuk saya… saya tahu.. dia terpaksa melepaskan saya demi kesihatan (saya terlantar sakit selama 1 tahun akibat buatan orang) saya.. dan saya tahu sehingga saat ini hanya saya yg bertahta di dalam hati dia.. tapi.. CINTA tak semestinya bersatu..

Apa yg bakal saya tulis bukan untuk meraih simpati anda semua.. tetapi saya terpaksa melakukannya, setelah bepuluh2 pekerjaan yg saya pohon masih belum ada satu pun yg menjadi rezeki saya… saya terpaksa DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAK SAYA… tidak ada niat di hati saya selain untuk anak saya..buat masa ini saya tiada pilihan lain selain mencuba online business ini.. yg mana modalnya dipinjamkan oleh seorang HAMBA ALLAH yg terlalu baik hati.. yg baru menjadi sahabat saya….

Saya telah kehilangan segala2nya.. suami, perkerjaan di syarikat yg gah di Malaysia, dgn jawatan yg besar dan gaji yg mencecah RM5K.. saya juga hilang part-time business saya.. apa yg boleh saya katakan saya hilang segala2nya dalam hidup saya.. terlalu besar ujian ALLAH pada saya.. tapi saya redha.. setiap apa yg terjadi ada hikmahnya…

Saya terlalu malu untuk meminta2.. apatah lagi untuk menjadi peminta sedekah untuk membesarkan nyawa saya iaitu anak perempuan saya.. walaupun bekas suami saya tidak mengabaikan kebajikan kami.. tapi saya tahu.. dia juga mempunyai masalah kewangan.. bekas suami saya bukan bergaji besar.. tapi hingga saat ini dia sedaya upaya memastikan kami cukup makan…

Sudah sebulan saya joined business ni.. sudah pelbagai cara saya membuat promosi.. tp masih belum membuahkan hasil… mungkin belum rezeki saya.. tapi saya harus berusaha.. saya tidak ada 1 sen pun dalam tangan saya untuk meneruskan kehidupan saya dan anak saya.. kami Cuma mengharap belas ihsan bekas suami saya.. tapi sampai bila saya harus menyusahkan hidup dia.. sudah terlalu banyak dia berkorban untuk kami…



Saya amat memohon kepada anda semua.. dgn penuh rendah diri saya merayu anda semua sekiranya ada belas ihsan anda kepada anak saya.. saya meminta anda membantu saya.. saya merayu kepada anda untuk join saya dalam business ini… anda bukan sahaja akan mendapat pahala kerana membantu saya, tetapi secara tidak langsung anda juga akan mendapat peluang untuk memperbaiki taraf hidup anda..

Sekiranya anda ikhlas ingin membantu saya.. sila lawati link di bawah..

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa anda semua.. saya doakan anda akan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah sepanjang hidup anda.. sekiranya anda ad sebarang pertanyaan anda boleh message inbox saya atau email saya di:

cintakarmila@yahoo.com

saya juga mat berharap.. agar anda boleh sharekan cerita saya bersama rakan2 anda yg lain.. dan kepada anda yg ingin menjadi sahabat saya.. anda boleh add saya dlm fren list anda..

jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan sedikit masa anda untuk membaca kisah saya…. Ini sudah cukup membuktikan yg anda adalah seorang insane yg prihatin.. terima kasih yg tak terhingga..

wassalam..

-Demi Kasihku-

No comments:

Post a Comment

Kongsikan pendapat anda di sini...

Ceritakan segalanya dan apa-apa sahaja di sini....(jangan gunakan bahasa SMS)

Nama Samaran
Saya seorang
Tajuk Entri
Luahan Anda

*Admin berhak untuk menapis segala entri sebelum dipamerkan di Blog.


Get your own free form like this one.