Wednesday, February 24, 2010

Tawar Hati

Saya mula mengenali alam percintaan selepas zmn sekolah menengah. ketika itu sy mengenali seorang lelaki yg bersungguh utk mengenali dan menyayangi sy. dan kami mengharungi zmn percintaan selama 2 tahun. di spanjang perkenalan itu, kami jarang bergaduh. dan kerana terlalu menyayanginya, saya berkorban masa dan harta utknya. sehingga kdg2, saya melebihkan dirinya dari diri saya. setelah dia mendpt segulung ijazah, memiliki sebuah kereta, dia berjanji utk menunggu saya pula habis belajar dan berniat untuk mengakhiri percintaan muda ini di gerbang pelamin. namun setelah bekerja 6 bulan di luar, dia berubah sikap dan beralih arah kepada seorang wanita.

mungkin kuat cinta saya padanya, saya dpt merasai bhw sy diduakan dan akhirnya segala rahsia terbongkar. ketika itu kerana terlalu sygkan dia, sy sanggup memaafkannya, walaupun hati terluka. namun, dia memilih wanita itu, hanya kerana wanita itu telah bekerja dan penampilan yang agak menarik dari saya yang masih bergelar student itu. ketika itu, saya menangis air mata darah sekalipun, dia tidak mendengar rayuan sy,mungkin buta kerana cinta wanita itu. lebih menyedihkan, sy dihina wanita itu, nombor telefon sy disebarkan dan dicaci kawan-kawannya malah yang lebih sedih, sy diherdik oleh lelaki tersebut kerana dianggap mengganggu hubungan mereka.

2 tahun sy diselubungi kesedihan. melalui kehidupan yang sukar. payah benar untuk melupakannya. setiap hari ada saja air mata yg berlinangan. namun, mujur semangat sy kuat, dengan bantuan kwn-kwn dan keluarga tercinta dan saya berjaya mendapat segulung ijazah. kini sudah bekerja tetap dan memiliki serba sedikit aset utk masa depan. cuma hati saya masih kosong dan tiada pengganti. mungkin masih serik dgn pengalaman lalu.

dan rupanya, bekas kekasih sy telah pun putus hubungan dengan wanita itu, kerana wanita telah itu memilih lelaki lain. perhubungan mereka cuma bertahan selama 10 bulan. dia juga sedang merana dan ketika itulah dia mencari sy semula.

katanya, dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pd sy. dia malu. percintaannya dengan wanita itu tidak sama dengan percintaan sy dan dia. mereka terlalu byk bergaduh. tiada persefahaman. dan dia kagum melihat saya boleh bangun walaupun pernah jatuh tersungkur disebabkan olehnya. sy katakan padanya, saya maafkan perbuatannya itu namun agak sukar untuk melupakan. dan saya masih menerimanya sebagai kawan.

dan disepanjang hubungan kawan itu terjalin, sy juga berkawan dengan teman-teman lelaki yang lain, memandangkan tugas sy juga berhadapan dengan mereka. namun, dalam diam, bekas kekasih menyimpan rasa cemburu. pantang mendengar sy menjawab panggilan, membalas mesej, mendengar bhw sy berada diluar bersama rakan-rakan lelaki, dia akan tiba-tiba berubah perangai. menjadi moody, marah-marah, masam muka. dan dia pernah katakan bahawa sy curang padanya. sy jadi pelik. sy dan dia cuma kawan? knp mesti dia katakan sy curang padanya? siapa yg curang pada asalnya?

dan akhirnya dia mengaku dia mahu kembali seperti dahulu. katanya, sejak ketiadaan sy hidupnya terumbang-ambing, walaupun ketika bersama perempuan yang dikejarnya dulu. dia merasa kehilangan namun seringkali cuba menafikan.

sy dalam dilema. mahu menerimanya atau tidak? jauh di sudut hati...masih menyayanginya. namun, jika sy terima, sy seumpama mengembalikan luka yg lepas setelah sy menemui sinar pada hari ini. sekali lagi sy akan menjadi tidak adil pada diri sendiri. rakan-rakan dan keluarga juga sudah tahu kisah yang lepas dan jika saya menerimanya kembali, apa kata mereka nanti?

namun, dalam masa yang sama, keluarga bekas kekasih sy masih mahu sy menjadi sebahagian dari keluarga mereka sejak dari dulu. hubungan kami tidak putus walaupun sy tidak lagi bercinta dengan lelaki itu yg juga merupakan anak, adik dan abg kepada mereka.

sy masih menyimpan keputusan sy. masih terus berkawan dengannya. namun, baru-baru ini, bekas kekasih sy disahkan menghidap satu penyakit hati. dan sy lah org pertama menyedarinya dan membawa dia ke hospital. setelah sah dia menghidap penyakit itu, setiap hari sy mengambil berat tentang kehidupannya, tentang makan minumnya, ubat-ubatannya, jadual perubatannya. dan dalam pada itu, sy sempat melihat dalam telefon bimbitnya-byk mesej2 bergurau senda dr perempuan lain. namun, sy biarkan. kerana sy dah lali dengan pengalaman. hati sy juga sudah kering.

setelah dia beransur pulih,sy masih tetap mengambil berat ttgnya. setiap hari bertanyakan sama ada telah makan ubat atau belum kerana penyakit itu belum benar2 sembuh dan hilang dr tubuhnya. dan adakalanya, lelaki itu bosan dengan berkata, "dah makan dah. kalau tak tanya hari-hari boleh tak?bosanlah nak dengar.."

dan kini sy masih memikirkan apakah keputusan yang perlu sy buat. menerimanya dalam hidup kembali, terus sahaja berkawan atau membuangnya jauh dari hidup sy?

-Heartless-

3 comments:

  1. salam...pendapat sahaja....
    sy rase lelaki itu msih tidak sepenuhnya ingin bersama dengan awk...lebih baek berkawan sahaja...wlupun kamu ambil berat tentang nya..tapi dye tidak pernah nak menghargainya...lelaki...hurmm...

    ReplyDelete
  2. kwn sje...jgn biar kn ati kte di sakiti lg...x ade sesiapa pn yg berhak buat kte b'sedih kcuali diri kta sndiri...
    ok??

    ReplyDelete

Kongsikan pendapat anda di sini...

Ceritakan segalanya dan apa-apa sahaja di sini....(jangan gunakan bahasa SMS)

Nama Samaran
Saya seorang
Tajuk Entri
Luahan Anda

*Admin berhak untuk menapis segala entri sebelum dipamerkan di Blog.


Get your own free form like this one.