Wednesday, February 24, 2010

Salahkah Saya??

Salam..Saya wanita berumur awal 20-an.Saya telah menjalinkan hubungan hampir 5 bulan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang.walaupun jarak usia kami agak jauh, namun sifat dan sikap nya yang terlalu penyayang itu menyebabkan saya terlalu menyayangi hubungan yang kami bina atas dasar cinta pandang pertama..

Segalanya bermula apabila saya mula bekerja di sebuah syarikat di ibu negara..pada hari pertama saya bekerja di situ, si dia merupakan orang pertama yang mula bertegur sapa dengan saya..Hal itu berlanjutan setiap hari apabila si dia mengucapkan selamat pagi pd setiap pg dan apabila hendak pulang,si dia akn mgucapkn selamat tinggal..sikapnya yg terlalu mgmbil berat dan pyayang itu amat menyentuh naluri saya sbg wanita yg smemangnya mmerlukn perhatian dr seorg llaki..

Namun, setelah seminggu saya bekerja di sana, saya diberitahu si dia akan berpindah ke selatan tanah air kerana menguruskan sebuah resort milik syarikat yg kami bekerja..Saya berasa sangat sedih, namun saya terpaksa menerimanya..Hari terakhir dia di ofis, si dia mula dtg untuk bkawan dengan lebih rapat lg dengan saya.beliau meminta saya mmbantu mguruskn kerja2 pengurusan fail dan mengira kos..kerja2 ini kami lakukan bersama2..namun masa x mengizinkan kami untuk terus rapat.Semasa si dia ingin pergi ke resort berkenaan, si dia mengucapkan selamat tinggal kepada saya..Rasa sperti ingin menangis, namun saya harus pasrah kerana di antara kami, tiada sebarang ikatan.

Apabila mula berjauhan, rasa rindu mula terdetik dalam dada..setiap hari saya menantikan panggilan telefon di ofis darinya.Namun, selama 3 hari menunggu, saya putus asa.Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa si dia hanya menganggap saya sebagai rakan sepejabat dan tidak lebih dari itu.

Hari berganti hari dan minggu berganti minggu.Seminggu kemudian, semasa saya sedang sibuk membuat kerja di pejabat, tiba2 saya menerima panggilan dari insan yang saya rindui.dalam hati, hanya allah yang tahu..saya gembira sangat kerana saya tidak bbertepuk sebelah tangan.kami berbual2 dan si dia bertanya bila mahu datang bercuti ke resort berkenaan.

Bermula dari situ, hampir setiap hari si dia akan menghubungi saya dan berbual dgn saya.Setelah hampir sebulan berkenalan, pada satu hari, si dia mengajak saya pulang ke kampung bersama-sama kerana keluarga kami tinggal di negeri yang sama.Saya menerima pelawaan dari si dia.kami bertolak agak lewat sedikit kerana si dia banyak kerja yang perlu diuruskn.

Semasa dalam perjlanan pulang ke kampung, kami saling bertukar cerita.Baru saya tahu bahawa si dia sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak.Dalam hati hanya allah yg tahu.Namun, kerana perasaan sayang yang menebal dalam hati, saya terima dia seadanya.Selepas si dia berterus terang, si dia melamar saya untuk menjadi kekasihnya dan mengenali saya dengan lebih rapat.Saya rasa sangat gembira namun termenung kerana mengetahui si dia adalah suami orang.

Saya bertanyakan kepadanya, mengapa si dia mencintai saya??Adakah si dia tidak mencintai isterinya.Si dia mjawab, dia dan isterinya berkahwin bukan atas dasar suka sama suka.Mereka berkahwin atas pilihan keluarga.Oleh itu, si dia ingin sekali mengahwini wanita yang dicintainya kerana sepanjang hidupnya, si dia berjaya melakukan segal-galanya.Cuma satu yang tidak dapat si dia lakukan, si dia tidak dapat berkahwin dengan org yg dicintai.dan saya merupakan wanita yg si dia cari2 selama ini.

Si dia mengaku si dia menyayangi isterinya kerana telah menjaga anak2 nya, tp si dia tidak dapat mencintai isterinya kerana perasaan cinta tidak boleh dipaksa.Mendengar pengakuannya itu, saya berasa kagum kerana si dia tidak pernah memburukkn isterinya biar pun si dia cuba memenangi hati saya.Selepas lamarannya itu, kami menjadi semakin rapat.Hampir setiap minggu kami akan keluar bersama.Kadang2 saya ke selatan dan bercuti diresort berkenaan dan kadangkala dia akan naik ke KL untuk bertemu saya.

Hubungan kami berlanjutan hingga ke awal bln feb.Namun, baru2 ini, kami mempunyai sedikit masalah.saya bagaikan tidak bernyawa selepas bergaduh dengan nya.hal ini menyebabkan saya meluahkan masalah saya ini kepada seorang rakan sepejabat bernama Z.si Z telah menghasut saya supaya memberitahu isteri si dia tentang hubungan kami jika tidak mahu kehilangan si dia.saya tanpa berfikiran pjg terus menghantar mesej kepada isteri si dia dan memberitahu tentang hubungan saya dan suaminya.

pada mulanya, saya ingin berbaik-baik dengan isteri si dia.namun, isteri si dia tidak mahu menerima kehadiran saya sebagai bakal madu nya.ini menyebabkan isteri si dia memberikan kata dua kepada saya iaitu suruh saya beralah jika kasihan dia dan anak2 atau biar dia yang beralah demi kami.saya tidak dapat beralah kerana saya tidak boleh hidup tanpa si dia.Oleh hal demikian, isterinya meninggalkan rumah selama 2 minggu dan ingin meminta fasakh dari si dia.Walaupun pada hakikatnya saya tidak mahu kehilangan si dia, tetapi saya juga tidak mahu si dia dan isterinya berpisah.

Sepanjang 2 minggu isterinya meninggalkan rumah, kehidupan si dia tidak terurus kerana org yg selama 16 tahun menguruskan pakaian, makan dan minumnya pergi meninggalkan si dia.Dari situ, saya mendapati si dia amat menyayangi isterinya.

Alhamdulilah, hati wanita seperti kerak nasi.2 hari lepas, saya diberitahu isterinya telah pulang ke rumah dan kembali menguruskan rumahtangga.Keadaan ini menyebabkan saya berasa sedikit tersisih dari hidupnya kerana mungkin si dia ingin menjaga hati isterinya.Kami hanya berhubungan pada siang hari iaitu pada waktu bekerja sahaja.Bila si dia pulang ke rumah, tiada lg mesej atau panggilan darinya.

Saya tahu si dia juga amat menyayangi saya tapi buat masa ini, kami terpaksa berlakon seolah2 kami tidak lagi mempunyai hubungan.saya takut, lama kelamaan hubungan kami akan terputus begitu sahaja jika keadaan ini berterusan.Saya rindukan saat2 manis 5 bulan lalu..Sehingga saat ini, sudah sebulan kami tidak berjumpa.Saya amat merinduinya.Saya tidak boleh hidup tanpa si dia.Perasaan cinta saya pada si dia tidak boleh di tolak lagi.Saya betul2 merana dan saya tahu si dia juga merana berjauhan dengan saya...

Bantulah saya...Salahkah saya dalam hal ini kerana telah menjatuhkan dan menipu kaum hawa sedangkan kami ingin menghalalkan yang haram satu hari nanti??

-Buntu-

7 comments:

  1. Erm...butir-butir luahan ini agak sama dengan Zieya - 'Berundur atau Menunggu'. kalo isteri pada kes Zieya minta fasakh and lari dari rumah 2 hari, isteri kekasih Buntu pula minta fasakh dan lari dari rumah seminggu.

    Haihh...insan yang bernama lelaki. Sungguh lembut lidahnya menundukkan wanita.

    Apa komen rakan-rakan lain bagi luahan Buntu ini?

    ReplyDelete
  2. sy sbg anak yg pernah jd mangsa kes mcm ni...sgt tak setuju...keluarga kami berpecah belah...adik2 kecik lg...tolong fikir masak2 tentang masa depan anak2 kaum hawa yg mnjadi mangsa tu...bnyk lg lelaki lain kt dunia ni...jgn trtipu dgn kata2 lelaki...klau dia xcintakan isterinya mcm mana boleh ade anak smpai 3 org...dasar lelaki penipu...

    skrg awk cantik,muda masih dara, mmg la dia tergila2kan awk, cuba awk dh ade ank 3 pula lepaas ni...tak mustahil pkr yg sama akan menimpa awk...Tuhan maha adil, bila kita mnghancurkan keluarga org...kita akan dapat balik pkr yg sama satu hari nanti...fikirkan la...klau bukan awk yg kena...ank2 awk atau cucu cicit awk yg akan kena...

    mmg org akan ckp alasan nak menghalalkan yg haram...tapi tak fikir plak ape jd pd masa depan anak2nya yg kecil...tekanan, dendam, benci marah yg wujud dlm diri mereka nnti smua kerana awk...awk nk ke dihantui perasaan tak tenang seumur hidup krn mrosakkan kluarga org...klau tak nak dibelenggu rasa brsalah...lebih baik berundur skrg sebelum menjadi lebih parah...maaf dgn kata2 sy...ini la perasaan yg sama dgn anak2 kekasih awk tu nnti...

    ReplyDelete
  3. asaalamualaikum. sememangnye saye xpernah melalui perkare seperti ini.
    tp sy nk bagi tau 1 je...

    "adalah tidak baik bagi seseorang wanita apabila dier berani menitiskan air mata wanita sekaum denganye."

    harap2 cik penulis nie paham. saya remaja yg masih lagi peringkat usia muda. saya xpaham dengan sikap org dewasa yg makin hari makin x matang.
    memang adalah digalakkan disisi islam jika seseorang suami ingin berkahwin lain..
    sunnah rasululluh..tp nengok laa..rasulullah kahwin ngan sape?
    -janda yg x berkemampuan.
    -anak dara yg belom baligh
    -anak dara tua
    -perempuan tua yg gering.
    -perempuan yg uzur dan sakit
    ++++++

    biar saya bagi tau kat cnie..
    ade bebrape cast study yg cik penulis patut pikir logik dlm hal nie.

    1)sebenarnye bagi saye, lelaki tu mmg mencintai isterinye..mungkin cik penulis perasan je yg lelaki tu mncintai cik penulis.
    yelaa..kalau dier xsyg bini dier..mane laa diorang nk make love and dapat anak..logik 1!!!!
    kalau xpun..laki tu laki yg bernafsu seperti haiwan..just jadikan isterinye tempat memuaskan nafsu...

    2) lelaki u just nak cik penulis tolong dier bayar hutang piutang dier je.
    ini kerana...cik penulis nie seorang yg bkerjaya..dr apa yang saya baca..lelaki tu just kerja xseberape..nk tanggung ank2 tiga org dan isterinye..ini mmg sah la nk minta tolong cik penulis ringankan beban dier..yelaa..nk bayau duit loan..duit kete..kalau ade 2 isteri..sorang leh jage anak..sorang tukang masak..sorang leh buat anak..sorang leh bayau hutang..sape yg untung?? laki tu juga...logik 2!!!

    3) kesalahan seorang laki yg menganggap isterinye sebagai hamba sahya utk melepaskan nafsu dan menjadi org gaji. yelaa..cik penulis kate laki tu syg isterinye sebab dier tlg jage ank2nye...mcm buat isteri dier tu org gaji..hish..laki yg teruk...logik 3!!!

    4) cik penulis sanggup buat isteri laki tu bagi cik penulis 2 option?!!!
    eh eh..xbaik sungguh akak nie..mst cik penulis sukekan bile isteri laki tersebut sanggup beralah demi cik penulis...xbaik tau...rampas hak org laen..

    5)cik penulis xyah laa ketagihkan cinta laki yg dah jadi milik org...sekurang2nye..laki tu untung sebab dier berjaye mendapat 2 org perempuan idaman hati utk melayan kerenah dier..bahkan cik penulis sanggup utk berkongsi kasih dalam kate lain..(ayat perampas~"nak tumpang kasih")...ditambah plak nk kongsi ngan anak2 laki tu..eii...kesian cik penulis nie..

    6) cik penulis sanggup ade title mak tiri? yelaa..br khwn dah ade anak..hahahaha..mcm kejam je title mak tiri..

    7) cik penulis, sesungguhnye laki tu just nak main2 kan cik penulis laa..baik cik penulis pikir panjang2..yelaa..alangkah isterinye yg dah berkahwin ngan dier bertahun2 pon dier mampu cheating and cari perempuan lain..apakan pula cik penulis yg lom ade ape2 ikatan sah ngan dier..lagi laa dier cheating on kot...bagi saye laa..

    8) hidup ni mcm roda cik penulis..kalau skang kite berada di puncak kebahagiaan atas air mata org laen...akan datang kite pasti berade di puncak kesedihan atas air mate sendiri...yelaa..SEMUA ini telah tertulis oleh NYA....maybe akan datang bende nie berlaku pada diri cik penulis sendiri atau pada generasi cik penulis sendiri..baru laa cik penulis rase mcm ne yg isteri laki tu rase..

    tp..kalau dah tersurat jodoh cik penulis ngan lelaki tersebut..saya mendoakan supaya cik penulis mejadi isteri dan wanita yg soleha..

    p/s: dara lagi comel jika bersama teruna..kan?huhuh....so..upgrade urself! go go..find laki yg teruna and berharte dunia dan ahkirat...ramai..

    sekian..assalamualaikum~

    ReplyDelete
  4. asaalamualaikum. sememangnye saye xpernah melalui perkare seperti ini.

  5. Assalamualaikum. Saya wanita yang bersuami dan mempunyai anak.

    Salah? Tidak salah untuk bercinta. Tetapi sesungguh cinta yang Agong adalah cinta kepada Allah Subhanawata'ala.

    Adik, saya telah menerima balasan setimpal seperti apa yang telah saya lakukan terhadap orang lain suatu masa dahulu. Balasan baik atau buruk dari Allah itu boleh datang bila-bila masa saja tanpa diduga-duga. Sesungguhnya ada rahmat pada setiap sesuatu (yg berlaku).. pelajaran.. sekiranya adik ingin mengambil pelajaran daripadanya.

    Adik, dekatkan diri pada Allah, dan berbanyaklah muhasabah diri. Rindu? Emm.. janganlah terlalu beremosi. Emosi itu adalah sesuatu yang boleh dikawal. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Kenapa.. adik amat rindukan kasih dan sayang? Hai, ramai lagi manusia, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas yang sudah tiada keluarga atau saudara mara yang lebih hauskan kasih sayang. Cuba adik fikirkan bagaimana mereka boleh meneruskan kehidupan mereka? Manusia selalu merasa kekurangan.. tidak cukup.. inilah juga yang menjadikan manusia itu bersifat tamak.

    Belajarlah berkorban. Berkorbanlah untuk anak-anak yang melihat ibu dan ayah berpecah belah. Fikirkanlah dosa seorang isteri kerana meninggikan suara kepada suaminya. Fikirkanlah dosa seorang isteri yang keluar dari rumah tanpa izin suaminya. Fikirkanlah dosa seorang isteri kerana tidak membenarkan suami menyentuh tubuhya. Fikirkan dosa anak-anak yang meniggikan suara kepada ibu ayahnya akibat emosinya yang terganggu. Fikirkanlah akibat dari tindakan adik.

    Saya tidak merendahkan adik. Manusia semuanya sama di sisi Allah, yang membezakan kita adalah Taqwa.. tekun pada setiap urusan. Setiap urusan itu mestilah ada matlamatya. Dan matlamat akhirnya itu mestilah keredhaanNya.

    Menjawab soalan adik, salah atau tidak itu tidak penting. Yang penting Allah redha atau tidak atas tindakan adik. Saya rasa adik boleh bezakan. Setiap sesuatu ada balasanya. Baik balasannya baik.

    ReplyDelete
  6. memanglah salah.. da terang lg bersuluh ko tu rampas laki org... dah tu ko g bantai melakukan hubungan sex plak tu ngn org tu.. bile bini org tu dapat tau mesti la bini dia mengamuk.. ko tu muda lg tp peragai cm pempuan yang tunggu laki balik nak ajak beromen.. apa punye pempuanla ko ni..aku tau ape yang jadi ni pun meluat tau.. masa ni ko muda badan ko tu lum kecut lg tp bile ko da tua dah kecut ada ke org memuji ko.. ingat dik ko tu dah buat ngn ramai org dan lelaki yang berstatuskan suami org tu tau ko dah ditebuk tupai.. takkan mungkin dia nak ambil ko sebagai isteri dia yang sah.. baik dia amik anak dara yang masih betul daranya.. taubatlah dik dan jangan nak salahkan org lain. bawalah bertaubat wahai adik.. ingat setiap apa yang adik buat dan menganya org lain tu pasti allah akan balasnya.

    ReplyDelete
  7. susah nye nk wat kputusan bile m'hadapi keadaan nie..mmm..sya rse baik awk b'undur utk sementara wktu...bg ruang pd diri masing2...kalu mmg jodoh kite dgn dia x bole nk elak....tp mne taw ade yg lbih baik utk awk diluar sna...sbr n ttp kn iman...
    insyaallah, mudah2an, Allah akn permudahkan segalanya...amin...

    ReplyDelete

Kongsikan pendapat anda di sini...

Ceritakan segalanya dan apa-apa sahaja di sini....(jangan gunakan bahasa SMS)

Nama Samaran
Saya seorang
Tajuk Entri
Luahan Anda

*Admin berhak untuk menapis segala entri sebelum dipamerkan di Blog.

Get your own free form like this one.